Rabu, 31 Ogos 2011

Ucapan Hari Raya Dan Hari Guru

               Selamat Hari Raya . Ramadhan pergi dengan begitu cepat sekali . Sebulan sudah kita berpuasa. Pada bulan Syawal , kita harus meminta maaf sesama lain . Saya meminta maaf kepada semua kawan saya jika saya menyakitkan hati mereka . Saya harap mereka tidak tersinggung atas perbuatan  saya . Saya selalu cakap melalui perasaan dan tidak berfikir sebelum bercakap.  Saya harap orang - orang yang saya telah sakiti akan faham . Saya ingin mengucapkan kepada semua kawan saya , "Selamat Hari Raya" .

Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.
          Untuk Hari Guru pula , saya hendak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru saya sendiri , Cikgu Tuty ( guru Bahasa Melayu pada tahun ini)  , Cikgu Norlin (guru Bahasa Melayu saya selama 2 tahun ) , Cikgu Sabariah (Guru Bahasa Melayu darjah 3). Saya ingin mengucupkan Selamat Hari Guru kepada guru Bahasa Inggeris saya Mdm Thuhaila .

 
    Pantun untuk Hari Guru:
Kau umpama lilin yang menerangi kegelapan
Semoga usahamu yang murniakan kelahiran
insan yang berguna kepada
     agama,
bangsa dan negara.
        

Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan Saya Untuk Lisan

     Persiapan saya untuk lisan adalah untuk membaca buku Bahasa melayu dengan banyak . Dengan membaca buku , ia akan menolong saya dari segi bacaan lisan  . Saya boleh memperbaiki intonasi saya , sebutan dan lain lagi .

    Dari segi gambar , saya boleh memberikannya lebih praktis . Selain itu , saya juga boleh praktis pada gambar yang pernah diuji sebelum ini .

    Dari segi perbualan pula , saya juga boleh memberikan lebih banyak fokus kerana saya agak lemah dalam bahagian tersebut.

   Kepada semua kawan - kawan saya , saya mengucapkan semoga berjaya untuk peperiksaan lisan yang akan datang tidak lama lagi .Saya juga ingin mengucapkan semoga berjaya untuk kefahaman mendengar pada hari esok . Sekali  lagi , Semoga Berjaya!

Selasa, 26 Julai 2011

Faedah - faedah blogging

         Faedah - faedah blogging : 

     Blogging akan menolong kita memberi pendapat tentang sesuatu topik dengan lebih senang . Kita juga boleh menceritakan pengalaman atau cerita kita dengan lebih muda.

     Blogging membuat kita meninteraksi dengan orang di sekeliling atau orang di seluruh dunia . Saya juga boleh membaca komen - komen kawan saya atau membaca blog mereka .

      Dengan menulis blog dalam Bahasa Melayu , ia menolong kita memperbaiki dalam Bahasa Melayu . Tangan saya juga tidak akan penat menulis menggunakan pena atau pensil .

Rabu, 6 Julai 2011

Cerita Katak Di Bawah Tempurung

    Sara adalah seorang penduduk di Kampung Singlap .  Dia gemar melukis.  Ibu bapanya sudah meninggal duni . Dia tinggal bersama mak ciknya yang bernama , Cik Maria. Sara tidak suka menonton berita melayu ataupun ' Ingggeris' dan tidak suka membaca suratkhabar. Dia adalah seorang yang tidak suka mencampurkan dirinya ke dalam dunia sosial .

 Saya teringat apabila kawan baiknya , Aliah bertanya jika dia ada akaun 'Facebook' . Sara tidak tahu apa itu 'Facebook'  dan memberinya muka yang keliru .Sara terus bertanya kepada Aliah apa itu 'Facebook'.

 Aliah tertawa lalu memberitahunya yang Facebook' adalah sebuah aplikasi yang baharu saja diakhbarkan di suratkhabar .
Sara mangganguk kepalanya dan menjadi malu kerana rahsia tentang dia tidak membaca suratkhabar dan tidak menonton berita diketahui oleh Aliah .
Mulai pada hari itu ,Sara mempelajari kesilapannya dan kini sering membaca surat khabar dan menonton berita .

Selasa, 28 Jun 2011

Cuti Sekolah Jun

  Pada cuti sekolah Jun yang lalu , saya pergi melawat mak cik saya yang baharu sahaja malahirkan anak lelakinya yang pertama . Nama bayi itu Muhammad Riaz Khan . Dia sangat comel dan kecil . Selepas itu , saya dan keluarga saya pergi ke ' Sakura Buffet Restaurant' .
Makanannya sangat sedap. Saya dan kakak saya makan hingga menjilat jari . Saya memang gemar makan di situ . Saya paling suka makan sushi . 

  Pada minggu yang ketiga , saya pergi membeli- belah di 'Jurong Point'  bersama ahli keluarga saya . Saya membeli banyak barang . Saya membeli baju , seluar dan banyak lagi . Saya juga membeli gelang dan rantai .

Pada minggu yang terakhir , saya tidak ke mana - mana . Saya hanya duduk di rumah dan mengulang kaji kerja saya . Selepas mengulang kaji kerja saya , saya pergi bermain di taman permainan bersama adik say , Ahmad dan Aliah . Kami bermain selama satu jam .

Selasa, 17 Mei 2011

Hari Vesak

      Pada Hari Vesak , saya tidak datang ke sekolah . Saya pun tidak pergi ke mana - mana .  Saya hanya duduk di rumah dan bermain macam -macam permainan bersama keluarga saya seperti "Monopoly" , "Scrabble" dan macam - macam lagi . Saya berasa gembira kerana saya menang permainan "Monopoly" bersama keluarga saya.

      Pada waktu petang pula , saya bermain di taman permainan bersama adik saya , Aliah dan juga kawan - kawan rapat saya. Kami bermain kejar - kejar dan . Selepas dua jam bermain bersama kawan- kawan saya , saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah . Apabila saya pulang ke rumah , saya terus mandi dan rehat di dalam bilik saya. Adik saya pun berbuat begitu. Ibu saya pula memasak 'Nasi Ayam' dan rasanya  sangat lazat..

Selasa, 26 April 2011

Binatang Kegemaran

     Binatang Kegemaran saya ialah hamster. Saya suka akan hamster kerana ia kecil dan sangat comel.  Ia memiliki bulu yang sangat tebal. Makanan mereka biasanya butir padi, tetapi juga termasuk buah segar, akar, bagian hijau tumbuhan dan binatang- binatang kecil seperti seperti belalang dan lain-lain lagi.

   Mereka biasanya bersifat  diam.Hamster adalah binatang malam. Waktu siang dipergunakan untuk tidur dan pada malam hari dipergunakan untuk bermain dan berkembang biak. Spesis-spesis hamster adalah syrian hamster, dwarf hamster dan panda hamster.

   Saya paling suka tengok hamster apabila mereka makan, tidur terkangkang dengan tangan & kaki ke atas dan berlari atas roda kerana mereka kelihatan sangat comel!!!
   Mereka adalah penggali yang baik, membuat lubang dengan pintu masuk satu atau lebih .

   Mata hamster besar tetapi mereka tidak memiliki kemampuan yang baik kerana butawarna. Mereka memiliki jarak pandang yang lebar.
 
 Pendengaran mereka sangat tajam sehingga boleh mendeteksi suara yang halus sekali.

  Binatang kegemaran saya yang kedua adalah arnab . Saya suka akan arnab kerana bulunya sangat lembut dan ia sangat comel ! Makanan mereka adalah sayur- sayuran seperti lobak.Ia tinggal di padang rumput, hutan, gurun dan lain-lain lagi.

 Arnab dalam rumah biasanya dikurung dalam petak atau sangkar, ataupun diletakkan dalam tempat yang selamat untuk berkeliaran atau bersenam, seperti ruang tamu