Ahad, 23 Januari 2011

Persiapan peperiksaan.

      Saya berasa sangat ghairah  kerana tahun ini  saya akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah pada bulan September. Persiapan saya untuk Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah adalah untuk mengulang kaji setiap hari.

      Selain daripada itu, saya  akan belajar bersungguh-sungguh  dan mendengar kata-kata guru saya dengan teliti. Jika saya ada soalan-soalan yang saya kurang pasti ,  saya akan tanya kawan  disebelah saya atau guru saya .  Saya juga akan menghantar kerja rumah saya tepat pada waktunya.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Diriku

  Nama saya ialah Seri Nasuha Binte Zainal. Hari lahir saya ialah 17 Julai. Saya adalah anak yang ketiga. Saya murid darjah enam. Hobi saya ialah membaca buku,  bersenam, bermain komputer.  Warna kegemaran saya ialah hijau dan unggu. Makanan kegemaran saya ialah Nasi Lemak dan Sup Ikan. Kawan baik saya ialah Zafirah, Sophia, Wafa, Amirah. Saya suka mendengar lagu Taylor Swift. Saya suka subjek Bahasa Melayu.

  Matlamat saya pada tahun ini ialah untuk melulus Psle dan mendapat agregat lebih dari 200 . Saya mahu mendapat gred B untuk Inggeris , A untuk Bahasa Melayu, B untuk Sains, B untuk matematiks.