Rabu, 31 Ogos 2011

Ucapan Hari Raya Dan Hari Guru

               Selamat Hari Raya . Ramadhan pergi dengan begitu cepat sekali . Sebulan sudah kita berpuasa. Pada bulan Syawal , kita harus meminta maaf sesama lain . Saya meminta maaf kepada semua kawan saya jika saya menyakitkan hati mereka . Saya harap mereka tidak tersinggung atas perbuatan  saya . Saya selalu cakap melalui perasaan dan tidak berfikir sebelum bercakap.  Saya harap orang - orang yang saya telah sakiti akan faham . Saya ingin mengucapkan kepada semua kawan saya , "Selamat Hari Raya" .

Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.
          Untuk Hari Guru pula , saya hendak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru saya sendiri , Cikgu Tuty ( guru Bahasa Melayu pada tahun ini)  , Cikgu Norlin (guru Bahasa Melayu saya selama 2 tahun ) , Cikgu Sabariah (Guru Bahasa Melayu darjah 3). Saya ingin mengucupkan Selamat Hari Guru kepada guru Bahasa Inggeris saya Mdm Thuhaila .

 
    Pantun untuk Hari Guru:
Kau umpama lilin yang menerangi kegelapan
Semoga usahamu yang murniakan kelahiran
insan yang berguna kepada
     agama,
bangsa dan negara.
        

Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan Saya Untuk Lisan

     Persiapan saya untuk lisan adalah untuk membaca buku Bahasa melayu dengan banyak . Dengan membaca buku , ia akan menolong saya dari segi bacaan lisan  . Saya boleh memperbaiki intonasi saya , sebutan dan lain lagi .

    Dari segi gambar , saya boleh memberikannya lebih praktis . Selain itu , saya juga boleh praktis pada gambar yang pernah diuji sebelum ini .

    Dari segi perbualan pula , saya juga boleh memberikan lebih banyak fokus kerana saya agak lemah dalam bahagian tersebut.

   Kepada semua kawan - kawan saya , saya mengucapkan semoga berjaya untuk peperiksaan lisan yang akan datang tidak lama lagi .Saya juga ingin mengucapkan semoga berjaya untuk kefahaman mendengar pada hari esok . Sekali  lagi , Semoga Berjaya!